Ramadan hampir melabuhkan tirainya... sedar x sedar lagi 2 hari camtu je da nak raya... seronok x puasa tahun nie korang2 semua?? first tyme nak menyambut raya sebagai seorang penulis blog (poyo je macam laa femes sangat kan)... hahaha... di sebalik rase seronok untuk menyambut kedatangan syawal, rasa sedey pulak yang ada kat dalam diri ini kerana ramadan bulan yang mulia nie nak sampai ke penghujungnya.. persoalan yang selalu bermain dalam kepala otak aku nie, dapat ke aku nak jumpa lagi bulan ramadan untuk tahun depan?? harap2 yang nie bukan yang terakhir..
Persiapan raya korang macam mane?? barang2 raya da beli?? kuih2 raya da siap buat?? da gotong royong bersihkan rumah?? banyak betol ayat pertanyaan aku kat korang nie.. jangan lupa jawab kat bahagian comment kat bawah nie taw.. wajib2x!! hahaha... sape jawab dapat choki2.. asek umpan dengan choki2 je kan.. lantak laaa.. blog nie aku punya... hahaha...
Ok, lagi sekali entry nie mempunyai mukhadimah yang panjang... kah kah kah... aku nak buat ucapan raya je sebenarnya nie.. teros ke point asal..
Dengan ini aku ingin menyusun 10 jari yang xberapa lawa nie untuk memohon maaf atas segala salah & silap yang aku penah buat sama ada dalam keadaan sedar, separuh sedar mahupon secara x sedar langsung.. aku hanya laa seorang manusia biasa yang x pernah lari dari membuat sesuatu dosa... harap lepas nie aku dengan korang kira 0 = 0 ye.. ramai kenalan yang aku dapat sejak menjunamkan diri yang serba naif & noob nie kedalam dunia blog.. thanx sangat2 sebab sudi mengintai2 kat blog yang xseberapa nie... "saya budak baru belajar maaa".... hahaha...
Selamat hari raya aidilfitri Minal Aidzin Wal Faidzin 1432H dekat korang2 semua... kepada yang nak balik beraya dekat kampung tuh, berhati2 ketika memandu di jalan raya... ingat laa orang2 yang tersayang.. ehhh silap2... kita tukar sket.. ingat laa orang2 yang sayang kat kita.. haaa, baru betol... xlari nya kampung korang2 tuh semua... hahaha.. semoga perjalanan kita semua sampai ke destinasi masing2 & dipermudahkan.. kirim salam aku dekat orang2 yang ade kat kampung korang ye.. kalau x kirim dosa... ^____^
p/s :: raya2 jugak, merdeka jangan lupa... lepas raya kalau ada gambar nanti update..