disable highlight

Followers

Sunday, 31 July 2011

Ramadan 2011

Yeayyy!! bulan ramadan datang lagi.. alhamdullilah sebab dengan izin Allah aku masih dapat merasai bulan ramadan nie lagi sekali... excited tuh hanya Tuhan je yang tahu... seronok dapat berpuasa, solat terawih, pergi bazar ramadan & berbuka ramai2... waaaaaaahhhhhh!! tapi tuh semua sampingan je taw.. beribadat tuh yang paling utama.. bak kata pepatah "sambil menyelam minum air".. hahaha!! tahun lepas tyme ramadan hampir melabuh tirai nya, rase sebak je hati nie... tertanya2 jugak kat dalam diri nie, dapat lagi ke aku jumpa & merasai bulan yang paling mulia & penuh rahmat nie?? aku harap bulan ramadan nie dapat laa melatih diri kita untuk melaksanakan 4 perkara yang disarankan oleh baginda Rasullulah selain selalu beribadat iaitu :


  1. Selalu bersedekah
  2. Jangan ikut hawa nafsu
  3. Jangan cepat marah (sabar)
  4. Buang perasaan hasad dengki



p/s :: Semoga segala ibadat kita diterima Allah.. insyaAllah..

Friday, 29 July 2011

Jom hidup sihat

Warghhh!! takot nya kalau kita sakit.. sakit yang aku maksud kan tuh bukan macam sakit demam, batuk selesema o pening kepala tuh ye... sakit yang aku risau kan nie ialah sakit yang boleh kiookkkk aka mati atau boleh menyebabkan lumpuh... tadi ibu aku baru balik dari teman makcik dari hospital besar kuala lumpur... makcik aku tuh sekarang nie dia sakit kaki & xleh berjalan... kaki dia rase kebas kalau berdiri.. sebelom nie die da pergi cek da kat HKL tuh.. Ingat kan kaki die tuh ade masalah dengan saraf... tapi Dr pakar kat sane cakap saraf kaki dia ok & xde masalah...

Hari nie makcik aku buat MRi kat hospital swasta.. korang pon tahu kan beza hospital swasta ngn kerajaan.. walaupon mahal tapi service yang hospital swasta bagi sangat bagus & cepat.. kalau nak tunggu hospital kerajaan memang bertahun2 la jawabnya.. hasil dari MRi tuh, Dr bagi tahu yang saluran darah pada tulang belakang die da tersekat... so, darah x dapat nak sampai kat kaki & sebab tuh kaki boleh jadi kebas..

Dr cakap kalau nak baik kne buat operation.. tapi operation tuh pon 50-50 sama ada baik atau x.. kalau x baik, kaki makcik aku memang akan jadi lumpuh... menangis ibu aku bila die cerita kat aku tadi.. makcik aku tuh susah hati pasal benda nie... aku rase dia pon xsangka yang dia ade saket macam tuh... sape nak jaga dia nanti... xlarat nenek aku nak jaga...

Yang aku nak cakap nie saket yang melibat kan tulang belakang & pinggang sangat2 laa bahaya.. sebab kat tulang belakang tuh ada banyak sangat saraf yang penting.. ape yang kita tahu, penyakit sangat berkait rapat dengan pemakan seharian kita kan.. korang penah terpikir x makanan yang korang makan tuh berkhasiat ke x?? ade ke bagi effect kat badan korang?? sekarang memang korang semua cakap yang korang sihat.. tapi yang akan datang kita x taw kan... kalau cakap pasal fast food tuh memang cukup terkenal dengan budak2 zaman sekarang.. ade ke ekk orang yang x makan benda tuh sekarang nie??

Jom kita amal kan hidup sihat.. kene joging selalu da nie... kurang kan makan makanan fast food (boleh ke??) hahaha... takot bila kita da berumur nanti macam2 penyakit laa yang datang.. Mencegah lebih baik dari Mengubati kan... so, pikir2 laa...



p/s :: pinggang aku nie asek sakit je (risau)

Oo baby baby


Memang tak ada lelaki seperti aku
Tapi yang lebih baik banyak

Memang tak ada lelaki sehebat aku
Tapi yang lebih hebat banyak

Maka tak perlu kau susah hati
Banyak lelaki yang bisa kau pilih
Untuk kau jadikan sandaran hati

Memang tak ada lelaki seseksi aku
Tapi yang lebih seksi banyak

Memang tak ada lelaki setampan aku
Tapi yang lebih tampan banyak

Maka tak perlu sedu sedan itu
Jangan sampai kau rendahkan dirimu
Memaksa aku untuk menjadi pacarmu



Oo baby baby
Jangan kau marah sebab ku tolak
Ku tahu kamu cantik
Ku percaya kau baik
Ku yakin pasti ada
Lelaki yang tertarik
Oo baby
Jangan kau dendam sebab ku enggan


Bercinta aku mahu
Tapi tidak denganmu
Ku sudah ada satu
Kekasih yang menunggu


Ceritanya aku sedang belajar setia
Makanya dari itu kamu jangan memaksa
Kerna aku memang tak suka mendua


Oo baby baby
Jangan kau marah sebab ku tolak
Ku tahu kamu cantik
Ku percaya kau baik
Ku yakin pasti ada
Lelaki yang tertarik
Oo baby
Jangan kau dendam sebab ku enggan


Bercinta aku mahu
Tapi tidak denganmu
Ku sudah ada satu
Kekasih yang menunggu


Oo baby
Jangan kau marah sebab ku tolak
Ku tahu kamu cantik
Ku percaya kau baik
Ku yakin pasti ada
Lelaki yang tertarik
Oo baby
Jangan kau dendam sebab ku enggan


Bercinta aku mahu
Tapi tidak denganmu
Ku sudah ada satu
Kekasih yang menunggu


Memang tak ada lelaki seperti aku
Tapi yang lebih baik banyak


p/s :: first tyme dgr aku engat lagu nie lagu indon.. hahaha!!

5 Sebab Malaysia tak Dapat Gol

Wow!! semalam hampir semua blogger post pasal bola sepak... pasal itu laa, pasal ini laa.. aku pon pening tengok post korang yang banyak2 tuh... aku pon taknak kalah laa.. aku pon nak post jugak pasal bola.. tapi lambat sket laa... hahaha!!

Aku tahu korang sume mesti sedey tahap gaban kan sebab team Malaysia xdapat pergi ke next round.. lagi2 kalah dengan team singaPURA-PURA tuh.. semalam aku tengok pon berdebar2 macam aku plak ngah main.. sampai jantung rase nk gugur... hahaha!! tapi aku nak cakap sket yang kalah menang tuh adat perlawanan bola laa.. kalau semua menang sape plak nak kalah kan.. kah kah kah..

Takpe2, target Malaysia sekarang ialah untuk layak ke Piala Asia 2015 di Australia... Piala Dunia 2014 tuh sangat besar untuk team bola sepak kita.. kita start dari bawah dulu ye.. slow2.. semangat HarimauMalaya takkan penah padam.. peminat2 bola sepak tanah air akan sentiasa menjadi player ke-12 untuk team bola sepak Malaysia..


Semalam aku ade nampak laa sebab2 kenape kita takleh nak dapat kan gol yang banyak.. ini semua dari pandangan aku je.. betol ke tak tuh aku tak pasti.. Antaranya...


  1. Takde player yang berpengaruh dekat atas padang
    Ape yang kita tahu, Safiq Rahim merupakan kapten untuk pasukan Malaysia.. bagi aku dia merupakan seorang player yang sangat berpengaruh & boleh bagi motivasi yang tinggi untuk team kita.. die jugak seorang center playmaker yang hebat..
  2. Kurang player yang berpengalaman
    Team Malaysia sekarang nie hampir kesemuanya di barisi oleh pemain muda.. dengan ketiadaan player seperti Aidil dan Matyo, x konsisten & amat dirasai laa oleh player lain.. bagi aku posisi pertahanan negara sangat2 memerlukan player yang banyak experience.. da tua sket pon xpe.. walaupon tahap fizikal diorang kurenggg tapi diorang men guna akal...
  3. Defend yang kurang mantap
    Yang nie aku da sebut dekat point yang kat atas nie..
  4. Terlampau ikot rentak Singapura
    Sepatutnya kita yang kena control game pada first half.. tapi disebabkan defend kita kucar-kacir sket, Singapura senang2 je boleh masok ke kawasan kotak penalty Malaysia... kita pulak x dapat gol tyme first half... player kita sangat2 tertekan & sebab tu kot kita main x berapa bagos semalam...
  5. Singapura kuat berlakon!!
    Yang nie paling aku sakit hati.. kalau aku ade kat atas padang tuh semalam, memang aku buat betol2 diorang rase sakit.. padan muka diorang... diorang main sangat laa tidak Pro & selalu je rebah bila kena asak ngan player kita.. ini secara x langsung boleh memperlahankan rentak team Malaysia & menyukarkan kita untuk dapat gol.. 
Walaupon kita x layak ke next round tapi semangat tuh kita kena ada.. aku harap team Malaysia amek semua pengajaran daripada kesilapan2 dari game2 yang lepas... kalau korang setuju o x sutuju dengan pendapat aku yang kat atas nie, leh laa post comment korang kat bawah nie.. nak tau jugak ape korang punya pendapat.. ngeh3~~ 
Gud luck Malaysia!! Tanah Tumpahnya DARAHKU..

p/s :: hari nie last jumaat before kita puasa... selamat berpuasa semua!!

Wednesday, 27 July 2011

Solat & Maksud

Setelah bertahun2 solat tapi aku tak tahu pon ape makna nya ayat2 yang aku bace tuh... penting & wajib ke untuk kita mengetahui setiap makna nya?? yang tuh aku tak dapat laa nak jawab.. korang kena laa tanya kat diri sendiri... tapi ape yang aku pasti, kalau kita bace dan paham akan makna nya maka kita dapat pahala lebih.. lebih khusyuk & tawadduk semasa solat rase nye... makna2 ayat yang ada dalam solat antara nya ketika rukuk, duduk antara dua sujud, tahiyat akhir dan awal semua nya sangat2 indah belaka.. ayat2 yang di baca ketika solat semua nya yang meninggikan kebesaran Tuhan.. ada orang cakap yang solat tuh merupakan doa kita kepada-NYA... wallahualam


Allah Maha Besar

Doa Iftitah

Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya.
Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang.
Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi,
dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik.
Sesungguhnya solatku,
Ibadatku,
Hidupku,
Matiku
Adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam.
Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.

Al-Fatihah

Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani.
Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.
Yang maha pemurah lagi maha mengasihani.
Yang menguasai hari pembalasan.
Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan.
Tunjukilah kami jalan yang lurus.
Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.

Bacaan ketika rukuk

Maha Suci TuhanKu Yang Maha Mulia dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika bangun dari rukuk
Allah mendengar pujian orang yang memujinya.

Bacaan ketika iktidal
Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian.

Bacaan ketika sujud

Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika duduk di antara dua sujud

Ya Allah, ampunilah daku,
Rahmatilah daku,
Kayakan daku,
Angkatlah darjatku,
Rezekikan daku,
Berilah aku hidayah,
Sihatkanlah daku dan
Maafkanlah akan daku.

Bacaan ketika Tahiyat Awal

Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.
Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya.
Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh.
Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah.
Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.

Bacaan ketika Tahiyat Akhir

Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.
Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya.
Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh.
Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah.
Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya.
Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim.
Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini.
Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.


Selamat sejahtera dan rahmat Allah ke atas kamu

Selamat sejahtera dan rahmat Allah ke atas kamu


Doa Qunut

Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki.
Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan.
Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin.
Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku.
Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan.
Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau.
Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu.
Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi.
Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau.
Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan.
Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau.
Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabat-sahabatnya.


p/s :: solat itu tiang agama

Tips Memujuk Lelaki Yang Merajuk

1. Berikan si dia ruang untuk bersendirian
Apabila seseorang lelaki merajuk, dia sebenarnya memerlukan masa untuk menenangkan fikirannya. Dia perlukan masa untuk bersendirian bagi membolehkan dia memikirkan sedalam-dalamnya apakah yang telah berlaku. Apakah punca berlakunya masalah tersebut? Adakah dia berhak untuk merajuk? Apakah tindakan yang perlu dia lakukan bagi menyelesaikan masalah itu? Dan pelbagai lagi persoalan yang dia cuba fikirkan bagi mencari jawapannya.
2. Sentiasa memberikan si dia sokongan
Anda sebagai seorang pasangan yang memahami, berikan si dia sokongan yang diperlukan. Jika dia mendiamkan diri dengan menonton televisyen dan tidak mengendahkan anda, biarkan si dia berbuat apa yang dia inginkan. Ikutkan sahaja rancangan televisyen yang dia sedang tonton dan jangan sesekali mengubah siaran televisyen ke siaran kegemaran anda. Walaupun dari luaran kita nampak dia sedang menonton televisyen, tetapi di dalam akal fikirannya si dia sedang memikirkan masalah yang sedang berlaku.
3. Jangan bertanyakan tentang perasaannya
Ketika si dia sedang merajuk, jangan sesekali bertanyakan apa yang sedang berlaku, kenapa dia merajuk, apakah perasaannya, dan sebagainya. Elakkan diri anda daripada bertanyakan apa-apa kepadanya. Ini kerana, kehadiran anda akan mengganggu konsentrasinya untuk menyelesaikan masalah tersebut. Dan ini akan menyebabkan si dia akan semakin menjauhkan diri daripada anda kerana anda telah mengganggunya.
4. Buat sesuatu yang dapat mengembirakan hati anda
Ya, adalah lebih baik anda mengembirakan hati anda sendiri daripada anda memikirkan perasaan si dia. Pada ketika ini, si dia perlukan ruang untuk bersendirian. Jadi biarkan si dia bersendirian dan gunakan masa yang ada untuk menghiburkan diri anda

Tanda2 Lelaki Merajuk


  1. Diam Seribu Bahasa - Dia diam je sepanjang ada dengan kita. Walaupun kita bercakap dengannya, dia hanya mengiayakan atau dia anggukkan kepalanya saja. Dia sikit pun tak akan layan kita seperti sebelum ini. Jika benda ini berlaku, sah lah tu dia merajuk dengan kita.
  2. Buat Tak Tahu - Dia akan buat tak tahu dengan kita. Jika kita minta tolong dengan dia seperti kemaskan meja ke, dia buat acuh tak acuh je. Paling teruk, dia buat-buat tak dengar (pekak betul-betul baru tau!). Ini cara protes yang paling teruk sebab dia bukan je buat kita geram tapi buat seolah-olah kita ni tak wujud.
  3. Menolak Untuk Makan Bersama - Bila lelaki merajuk biasanya dia tak nak jumpa kita atau face to face dengan kita. Dia akan bagi alasan seperti "awak makan la dulu, saya kenyang lagi la..lagipun, saya dah makan dengan kawan saya tadi" (walhal perut lapar... nak uji dorang, kita dok je sila depan dorang, sambil makan... )
  4. Masam Muka - Tindakan yang ni ialah tindakan yang paling kita geram. Dah lah tak nak cakap ngan kita dah tu nak tarik-tarik muka pulak. Tak puas hati la konon. Tapi adat la kalau orang dah merajuk. Perempuan pun lebih kurang je! (amik hanger, gantung kat muncung dia)
  5. Baca Surat Khabar - Bab ni memang tabiat orang lelaki. Tapi kalau surat khabar tu dibaca banyak kali tanpa sebab maknanya jiwa dia tak tenteram & ada sesuatu yang mengganggu diri dia. Lagi-lagi pulak kalau tengah-tengah malam buta.
  6. Menonton Televisyen Hingga Lewat Malam - Dia akan tengok TV tu sampai larut malam walaupun rancangan tu bukan rancangan kegemaran dia. Mata dia di TV tapi hatinya ke lain. Kita kena peka beb!
  7. Keluar Rumah Tanpa Beritahu - Ada lelaki yang tak akan memberitahu mana dia nak pergi. Nak protes la tu kononnya. Kita jangan paksa dia untuk menjawab pertanyaan kita kerana confirm dia akan buat dek je!
  8. Matikan Telefon Bimbit - Ha ni satu lagi tabiat lelaki. Dia tak suka diganggu bila perasaannya tengah marah. Untuk mengelakkan kita mengganggu dia, dia akan matikan telefon bimbit dia & bagi alasan bateri kong. Alasan dia satu je, dia tak mahu dengar suara kita takut perasan marahnya lagi kuat... Alaa, bila dah rindu call jugak last-lastnyer!
  9. Hisap rokok - Macam tak pernah dapat rokok setahun...

Niat Puasa & Berbuka

Niat Puasa Ramadhan

Lafaz niat untuk sebulan puasa
niatsebulanpuasa
Sahaja aku berpuasa keseluruhan bulan Ramadhan kerana Allah Ta”ala
Lafaz niat puasa (harian)
niatharianpuasa
Sahaja aku berpuasa esok hari menunaikan Fardhu Ramadhan tahun ini kerana Allah Ta’ala

Doa Berbuka Puasa

doaberbuka
Ya Allah bagi Engkau aku berpuasa dan dengan Engkau beriman aku dengan rezeki Engkau aku berbuka dengan rahmat Engkau wahai yang Maha Pengasih dan Penyayang.

Doa Selepas Berbuka Puasa

doasesudahberbuka
Ya Allah! Kerana Engkau aku berbuka puasa dan kepada Engkau aku beriman dan atas rezeki dari Engkau aku berbuka puasa telah hilang dahaga sudah menjadi basah segala urat. Ya Allah! Aku minta diampuni dosaku dengan rahmat Engkau yang meliputi segala sesuatu.

sumber 

Tips Bulan Ramadhan


  1. Seminggu sebelum berpuasa kita dikehendaki mengurangkan kadar makanan kita dan lebihkan makan buah-buahan serta sayur-sayuran.
  2. Pastikan pembuangan air besar lawas.
  3. Memahirkan diri dengan segala rukun, sunat, harus, makruh yang berkaitan dengan puasa pada Ramadhan, sunat tarawih dan lain-lain lagi dengan memperbanyakkan bacaan tentang puasa dan ramadhan,
  4. Membiasakan diri bangun pada sepertiga malam untuk bertahajud, mendekatkan diri pada Allah. Sebagai persediaan membiasakan tarawih dan tahajud pada bulan Ramadhan. Ramadhan adalah bulan rukuk dan sujud.
  5. Memperuntukkan beberapa jumlah wang untuk dijadikan sedekah jariah dan zakat fitrah. Bagi mereka yang sudah akil baligh, maka belajarlah membayar zakat fitrah sendiri di bulan ramadhan.
  6. Rancang strategi tersusun untuk memperbanyakkan hafalan, bacaan, tadabbur, tadarrus al-Quran di bulan ramadhan yang bakal menjelang.
  7. Melatih dan membentuk diri bersifat mahmudah, sifat terpuji seperti sabar, membanyakkan senyuman kepada sahabat dan kerabat. Merendam sifat mazmumah, sifat keji seperti memfitnah, mengumpat dan mengata orang. Kurang bercakap lagha (merapu), tidak berbahasa lucah, kotor dan keji. 
  8. Oleh itu, dengan persediaan ini kita sematkan azam masing-masing untuk mencantikkan dan sempurnakan amalan fardu yang wajib dan membanyakkan amalan sunat didalam bulan Ramadhan 2011.

    Insyaallah……



p/s :: selamat berpuasa semua & menyambut bulan Al-Mubarak!!


Tuesday, 26 July 2011

Tanah Tumpahnya Darahku

Wehhhh... aku nak sangat tengok bola Malaysia vs Singapura hari khamis nie... bukan senang nak tengok player Malaysia main kat stadium bukit jalil... lagipon kita lawan dengan musuh tradisi plak tuh.. dah laa sekarang tahap player bola sepak Malaysia boleh d anggap tinggi laa dari sebelom2 nie.. teringin nak rase suasana Malaysia lawan dengan Chealsea macam hari tuh lagi.. hari tuh kalah 3-5 dekat Stadium Jalan Besar Singapura... takpe, peluang masih ader... kalau Malaysia menang lawan Singapura nanti memang pecah rekod laa sebab sebelom nie team Malaysia x pernah lagi layak ke pusingan ke-3 kelayakan World Cup peringkat asia... walaupon nampak mustahil nak qualified ke World Cup 2014, tapi boleh je kalau ader usaha + luck siket... kita target rendah2 dulu... bak kata rajagobal, sekarang nie dia hanya target team Malaysia dapat masuk ke Piala Asia 2015... harap hari khamis nanti team Malaysia boleh menang lawan dengan Singapura... go Harimau Malaya!!

Tanah Tumpahnya DARAHKU !!







p/s :: Malaysia, menang laaa... pertahanan kasi mantap sket...  =)

Cinta Teragung

Hayati lirik lagu nie.. best2!!



Maafkan aku
Sekiranya tak termampu
Untuk mencurahkan semua
Isi hatiku

Ternyata tak terkata
Rinduku padamu

Ku takkan bisa menjadi
Lebih dari apa yang sedaya
Namun ku tetap berjanji
Akan masih mencoba

Untuk memujuk hatimu
Mencintai aku kerna semua yang ada
Hanyalah untukmu

Woo Woooo

Sejenis perasaan ku abaikan
Membawa sejuta harapan
Menagih cinta teragung darimu

Wooooowooo

Ku takkan bisa menjadi
Lebih dari apa yang sedaya
Namun ku tetap berjanji
Akan masih mencoba

Untuk memujuk hatimu
Mencintai aku kerna semua yang ada
Hanyalah untukmu

Ku takkan bisa menjadi
Lebih dari apa yang sedaya
Namun ku tetap berjanji
Akan masih mencoba

Untuk memujuk hatimu
Mencintai aku kerna semua yang ada
Hanyalah untukmu

Maafkan aku
Sekiranya tak termampu
Untuk mencurahkan semua
Isi hatiku

p/s :: aku suka lirik lagu nie

Saturday, 23 July 2011

10 perkara yang akan berlaku di stadium

10 perkara yang akan berlaku bila anda pergi stadium untuk melihat match bola...
  1. Selalunye korang mesti plan nak datang awal 5 jam kat stadium kan.. walaupon korang tahu game start kul 8.45 malam tapi korang da sampai seawal kul 3 petang.. Wow!! lepas tuh bila korang sampai ingat kan korang yang paling awal tapi korang silap... bersepah2 sudah makhluk2 kat stadium tuh.. =)
  2. Bila sampai je kat stadium tuh mula laa korang sibok nk cari park keta yang paling senang keluar tyme balik nnt... tapi d sebab kan korang malas nak jalan jaoh2 & terlalu banyak sangat park yang kosong, korang park laa keta korang dekat dengan kaler pintu korang nk masok.. so, terperangkap laa korang tyme nak balik nanti.. hahaha!!
  3. Once korang da park keta kat dalam stadium tuh, dengan automatik nye telinga korang akan sentiasa mendengar bunyi hon sampai match bola tuh abes.. non-stop ok!! silap2 hon yang diorang bunyi kan tuh dekat sebelah telinga korang je.. mase tuh baru korang rase nk mencarut2 kat orang yang buat tuh... hahahaha!!
  4. Kedai jual baju2 jersy, makanan & minuman sangat banyak dekat dalam stadium tuh... konfem berpinau mate korang... korang akan rase macam korang ader dekat uptown pulak... xyah risau pada sape2 yang xde baju lagi.. just sediakan duit je... hahaha!!
  5. Sebelom masok korang kena beratur kat depan pintu kaler tuh dulu... di sebabkan seat tuh suma x ikot nombor, korang pon beratur laa berjam-jam lame nye.. sanggup!! sape cepat, dapat laa tempat yang best.. hahaha!!
  6. Selepas je masuk, korang pon berlari2 laa sebab nak pilih seat.. da dapat seat, baru laa korang boleh keluar untuk beli makanan.. tyme nie automatik jugak perut korang akan terase lapar... hahaha!!
  7. Satu lagi benda yang jadi tyme kat dalam stadium tuh bila player masuk kat tengah padang untuk buat warming up.. semua orang sure laa nak menjerit2.. nak tunjuk kan yang diorang nie big fan laa konon.. yang lagi x tahan tuh bila sepasukan FRU berarak masuk.. tuh pon diorang jerit2... akhir nya sakit tekak... hahaha!!
  8. Lagi satu benda yang buat aku pelik tuh, kerusi ader kosong lagi tapi kenape diorang still duduk kat tangga2?? korang pikir sendiri laa... hahaha!!
  9. Sementara nak tunggu match bola tuh start, memang banyak laa orang2 yang menjual berger & air kat dalam tempat seat stadium tuh.. tapi konfem2 laa harga yang diorang jual tuh mahal dari yang kat luar stadium nye.. d sebabkan malas nak beli kat luar, hulur kan je laa duit kat brader2 tuh... senang kan?? hahaha!!
  10. Habis je match bola, semua orang pon bergegas2 laa nk balik awal.. ader jugak yang keluar 10 minit before whistle bunyi... konon nye nak mengelak dari jammed katanya... tapi korang silap & maybe terlupe yang korang tadi park keta dekat dengan pintu masuk.. so, akibat nye korang akan terkandas sejam lamenye hanya untuk keluar dari tempat park keta tuh.. aku nasihat kan baik korang lepak2 dulu kat stadium before balik... at least xde laa stress kan... hahaha!!












Ombak-Ombak

p/s :: jom tengok Malaysia vs Singapura hari khamis nie nnt!!

Friday, 22 July 2011

Mona lisa

Kelmarin, adik aku wat record keluarga.. xpenah2 family aku beli barang dari luar negara guna credit card... tapi die da buat sume tuh.. cisss!! Dengan kerjasama dari ayah aku yang tolong mensignkan & menggunakan credit card beliau, dapat laa benda yang adik aku nak2 kan sangat tuh.. korang nak tau ape x barang tuh?? nie sume di sebabkan demam k-pop... barang tuh adalah CD & Poster group Mblaq (Mona lisa).. kat bawah nie sempat aku snap beberape gmbar pada hari kejadian... hahahaha... bak kata die siap ader bau Korea lagi... hahahhaa!!








Mona lisa


Amacam?? korang yang minat Korea macam nie jugak ke?? bagi aku ntah pape ntah adik aku nie... 
boooo k-pop!! hahahaha... =P

p/s :: korang ader?? hehe..




Monday, 18 July 2011

Tiket Bola

First time nak tgk bola kat Stadium Bukit Jalil... excited & tak sabar plak rase nye nak tunggu hari khamis nie.. Fyi, hari khamis nie akan ader satu friendly match bola sepak antara Malaysia dengan Chealsea.. sebelom2 nie Malaysia telah pon membuat friendly match dengan Arsenal & Liverpool... aku sebenarnya memang xsuke chealsea.. i'm a big fan Manchester United... hahaha.. aku beli tiket nie pon sebab nak teman sepupu aku yang memang sejak dari dulu lagi sokong Chealsea nie... mengigil tangan aku tyme nak kuar kn duet tadi.. RM 108 untuk satu tiket.. berbaloi ke hah?? tapi xpe laa, pada hari kejadian aku akan sokong Malaysia.. Tanah Tumpahnya Darahku.. lagi pon kan first tyme nie.. xkesah laa.. hahaha... go Malaysia go!! harap2 keajaiban boleh berlaku.. boooo chealsea!!... hahahahhaa...






p/s :: nak beli baju jersy Malaysia.. lalalala~~

Friday, 15 July 2011

Tips Apabila Kemalangan Berlaku


Berikut adalah langkah - langkah yang perlu di ambil sebaik sahaja kereta anda melanggar atau dilanggar di jalan raya :

1. Cari kesan kecederaan secepat mungkin, luka, patah atau tersepit.
2. Catatkan nombor pendaftaran kereta (plet) dan model kenderaan - kenderaan yang terbabit (bukan untuk tujuan nombor ekor).
3. Telefon polis untuk mengetahui balai polis mana patut anda pergi untuk membuat laporan.
4. Jika kereta boleh di pandu... Pergilah ke balai polis yang sepatutnya untuk membuat laporan.
5. Jika kereta perlu ditunda, telefon bengkel tempat anda sentiasa hantar kereta untuk diservis, meminta mereka menghantar lori
tunda yang boleh dipercayai. Catatkan nombor pendaftarannya. Pastikan anda naik lori berkenaan bagi memastikan kereta di bawa ke
balai polis. Biasanya Proton Edar Sdn. Bhd ada senarai lori penundanya.




Gambar ni contoh je taw..


6. Maklumkan pegawai keselamatan jika ianya berlaku dikawasan persendirian (selain jalan raya)
7. Beri maklumat lengkap kepada pihak berkuasa.
8. Dapatkan laporan bertulis dan nombor fail laporan.
9. Rekodkan maklumat peribadi : Nama, alamat dan nombor kad pengenalan serta lesen memandu pihak - pihak yang terbabit dengan
kemalangan.
10. Selepas selesai perkara yang patut di selesaikan di balai polis, ikut lori tunda untuk menghantar kereta anda ke bengkel berkaitan.
11. Telefon ejen insuran anda atau pergi sendiri cawangan insuran anda, isi borang dan serahkan maklumat - maklumat yang dikehendaki.
12. Bincang dengan ejen anda sama ada untuk membuat tuntutan daripada syarikat insuran anda attau pihak ketiga.

Tips :
- Ambil gambar kenderaan dan situasi kemalangan sebik sahaja ianya berlaku.
- Cari saksi terdekat dan catatkan nama dan nombor telefon untuk dihubungi.
- Simpan kemera kecil di dalam kereta atau guna telefon berkemera. Ia akan memudahkan anda untuk membuat laporan polis serta menuntut
ganti rugi insuran.
- Sebelum kereta di tunda atau anda meninggalkan kereta di tempat kejadian, pastikan barang - barang berharga di ambil atau dipindahkan
daripada kereta anda.
- Elakkan daripada menyerahkan bulat - bulat kepada wakil bengkel yang tidak dikenali. Dapatkan maklumat trak penunda, harga, lokasi,
bengkel, serta khidmat yang ditawarkan. Jangan terburu - buru membiarkan kereta anda di tarik, jika boleh dapatkan bantuan rakan - rakan
yang biasa berurusan dengan bengkel kereta.

Amaran !
Jangan sesekali mengakui kesalahan anda atau membincangkan kemalangan tersebut dengan pihak terbabit. Jangan meninggalkan tempat kejadian sebelum mengambil data - data yang disebutkan di atas.

Moga info ini dapat memberikan manfaat buat kita semua apabila berhadapan dengan situasi tersebut...


p/s :: berhati-hati di jalan raya, ingat laa orang2 yang tersayang.. =)

Thursday, 14 July 2011

Not Fair!!

Wahhhhh... lame gile x update blog nie.. rase malas da semakin tinggi menggunung.. dulu mase baru buat blog punye laa excited.. sume bende nak cite.. sampai x menyempat2.. kah kah kah... skrg rase kan nikmat nye... nak tengok blog sendiri pon nk muntah2... hahaha... ok, entry nie aku nk cite ape yg aku x puas ati kat adik2 aku nie... sbb nye dulu2 bkn main payah aku nak dapat tp skrg diorg senang2 je.. 


  1. Skrg, kalo adik2 aku nak mkn McD ke, kua tgk wayang o peg mane2 petik jari jek.. bile2 mase boleh pegi.. pantang ade cite o makanan baru, msti nak try.. yg kene bawak diorang konpem2 laa aku kan.. kalo aku dulu bkn men payah ag nk dpt benda tuh... bertuah nye diorg  =(
  2. Aku rase adik2 aku nie lebih genius kot... maksud genius aku tuh diorg lebih tahu banyak perkare compare dgn aku mase aku same umo dgn diorg dulu.. kalo dulu bnyk gle word2 yg aku x phm.. tp skrg adik2 aku kecik2 lg da taw... kesian aku  =(
  3. Aku dulu nk pegang laptop pon takot2 sbb x biase & lgpon bende tuh xde kat uma.. nk surf internet ape tah lg... hahaha... skrg, laptop da bersepah2 plak kat uma nie.. sorg2 ade lptop sendiri... hpon plak kecik2 da ader.. lg canggih dr hpon aku plak tuh... mybe sbb zaman skrg da berubah.. mewah nye diorg  =(


setakat tuh je laa yg aku dpt fikir buat mase skrg.. tp aku rase mcm bnyk lg je kn... ape2 pon aku tetap xpuas ati dgn diorg... kalo sape2 yg anak first tuh mmg akn rase laa bnde2 camnie... hahahahaha~~ 

p/s :: da dekat nak puasa da.. x sabar!!

Monday, 11 July 2011

5 cara tarik perhatian lelaki

Kebanyakan wanita merasakan bahawa dengan berpakaian seksi adalah merupakan  cara paling mudah untuk menarik perhatian seseorang lelaki. Ianya mungkin benar, tetapi sebahagian lelaki menyatakan bahawa wanita yang dengan sengaja berpakaian seksi semata-mata untuk mendapatkan perhatian bukanlah merupakan wanita pilihan mereka. Jadi, bagaimanakah cara untuk menarik perhatian lelaki tanpa memerlukan pemakaian yang menjolok mata? Caranya adalah dengan…..
  1. Memakai pakaian yang berwarna cerah- Menurut daripada kajian psikologi, manusia akan lebih untuk memberikan perhatian terhadap warna yang cerah. Begitu juga dengan lelaki. Pemakaian yang berwarna cerah adalah merupakan cara paling mudah untuk menarik perhatian mereka. Selain daripada itu, pakar psikologi juga menyatakan bahawa dengan pemakaian yang berwarna cerah akan meningkatkan lagi rasa keyakinan dan juga prestasi seseorang.
  2. Pandangan mata- Sememangnya pandangan mata wanita mampu untuk menarik perhatian lelaki. Tetapi, majoriti lelaki menyatakan bahawa mereka lebih gemar terhadap wanita yang menjaga pandangan mereka. Ia merupakan tarikan utama kepada lelaki tanpa wanita sendiri sedari. Bukan setakat itu sahaja, wanita yang menjaga pandangan mereka juga membuatkan lelaki lebih berfikiran positif terhadap diri mereka. Wanita yang gemar bermain mata dengan lelaki pula lebih membawa imej yang negatif.
  3. Tingkahlaku- Wanita sememangnya lebih sinonim dengan sifat yang lemah lembut, sopan santun dan sebagainya. Wanita yang berperwatakan seperti ini lebih mudah untuk mendapatkan perhatian daripada lelaki. Tetapi, ada juga lelaki yang lebih gemar terhadap perwatakan wanita yang semulajadi tanpa perlu menyorokkan identiti mereka sebenar. Adalah lebih baik anda menjadi diri sendiri asalkan tidak melampaui sifat kewanitaan. Pasti cara dan keunikan anda yang tersendiri mampu untuk menarik perhatian lelaki yang boleh menerima diri anda seadanya.
  4. Pandai berjenaka- Pasti anda agak terkejut bukan? kebiasaannya lelaki yang harus pandai membuat lawak untuk menarik perhatian seseorang wanita. Tetapi berdasarkan kajian yang telah dilakukan, wanita yang suka berjenaka lebih mendapat perhatian daripada lelaki. Ini berkemungkinan disebabkan seseorang yang lebih lucu lebih mudah untuk didekati berbanding seorang yang serius. Apabila telah wujud keselesaan terhadap diri anda, ia lebih mudah untuk menarik minat mereka.
  5. Bahasa tubuh- Seperti yang anda semua ketahui, bahasa tubuh adalah merupakan isyarat awal untuk menyampaikan pesanan terhadap seseorang. Elakkan daripada menggunakan bahasa tubuh yang akan membuatkan lelaki berasa anda seorang yang sombong, berlagak atau sebagainya. Ini kerana kebiasaannya wanita yang seperti ini kurang menarik perhatian lelaki.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...