Assalamualaikum w.b.t
Entry kali nie aku nak borak2 kosong je... sejak dua menjak nie(betul ke ejaan nie??) asek hujan petang je kan... tertangguh teros niat aku nak pergi beriadah a.k.a jogging... dan2 je laa tyme hujan macam nie ko nak jogging kan... dulu masa tengah panas2 takde pulak ko jogging... petang2 macam nie apa yang korang selalu buat ehh kalau hujan?? tidur?? makan?? dengan bangganya aku nak bagi tahu semua tuh aku da buat da... banyak sangat masa lapang sampai tak tahu nak buat apa kan(assignment tak buat2 lagi nie)...
Ehh kejap2... cakap pasal assignment nie kan kenapa aku rilex semacam je yer tyme cuti seminggu nie?? aku rasa assignment aku untuk cuti nie berlambak2 je... orang lain dok sibuk post pasal assignment dekat FB & Twitter... lantak laa kan... aku memang suka buat kerja last2 minit nie... baru laa lelaki melayu terakhir.. kan3x?? hahaha!! nanti bila cuti da habis baru laa start buat... sekarang rest dulu puas2... macam tak biasa kan.. gelabah je buat awal2 nie...
Da nak dekat sebulan da parent pergi menunaikan haji... tinggal lebih kurang 3 minggu je lagi... sabar2... sejak parent pergi haji nie banyak betul benda2 yang aku tak tahu buat & sekarang aku belajar buat benda tuh slow2...Alhamdulillah, semua tanggungjawab setakat nie berehhhh... bangga kejap... hahaha!! harap lepas nie semua dipermudahkan lagi... insyaallah...
Nak handle duit paling stress... banyak betul duit keluar... ader toyol ke kat dalam rumah nie?? duit masuk takde pulak kan... duit simpanan semakin susut da nie... perlu ke aku main saham?? ataupon buat catuan pada duit makan?? kahkahkah... duit keluar bukan nya pergi joli sana sini pon tapi habis dekat makan minum jugak... takpe, ayah paham nya... hahaha... semoga ayah & ibu selamat pulang & dapat haji yang mabrur... ^____^
Dengar & pahami lirik lagu nie...
"Tiada aku tanpa ibu
Hanya (kau) satu didunia
Bertakhta dikau dijiwaku
Kau lah ibu yang tercinta"
Hanya (kau) satu didunia
Bertakhta dikau dijiwaku
Kau lah ibu yang tercinta"
Tertanam naluri keibuan amat mendalam
Di jiwa insan yang mendambakan kebahagiaan
Oh... ibu
Di bahumu tergalas beban
Perjalananmu penuh rintangan
Kau titipkan kasih sayang
Sejujur pengorbanan
Tak ku nafikan
Di saat kita berjauhan
Rasa ingin ku berlari
Mendakapimu penuh girang
Bak si kecil kehilangan
Kau insan penyayang
Betapa ku merindu
Lembutnya belaian ibu
Membuatku terlena
Di wajah terlukis tenang
Debar di dada kau rahsiakan
Ku pastikan dikau aman
Dikurnia sejahtera
Tak ku lupakan
Di saat kita berjauhan
Rasa ingin ku berlari
Mendakapimu penuh girang
Bak si kecil kehilangan
Tiada aku tanpa ibu
Hanya (kau) satu didunia
Bertakhta dikau dijiwaku
Kau lah ibu yang tercinta
Kau insan pengasih
Betapa aku mengharap
Hadirnya restumu ibu
Membawaku ke syurga
Bersemi belaian kasih sayang nan berpanjangan
Darimu insan yang mendoakan kebahagiaan anak-anakmu
Oh... Ibu
Di jiwa insan yang mendambakan kebahagiaan
Oh... ibu
Di bahumu tergalas beban
Perjalananmu penuh rintangan
Kau titipkan kasih sayang
Sejujur pengorbanan
Tak ku nafikan
Di saat kita berjauhan
Rasa ingin ku berlari
Mendakapimu penuh girang
Bak si kecil kehilangan
Kau insan penyayang
Betapa ku merindu
Lembutnya belaian ibu
Membuatku terlena
Di wajah terlukis tenang
Debar di dada kau rahsiakan
Ku pastikan dikau aman
Dikurnia sejahtera
Tak ku lupakan
Di saat kita berjauhan
Rasa ingin ku berlari
Mendakapimu penuh girang
Bak si kecil kehilangan
Tiada aku tanpa ibu
Hanya (kau) satu didunia
Bertakhta dikau dijiwaku
Kau lah ibu yang tercinta
Kau insan pengasih
Betapa aku mengharap
Hadirnya restumu ibu
Membawaku ke syurga
Bersemi belaian kasih sayang nan berpanjangan
Darimu insan yang mendoakan kebahagiaan anak-anakmu
Oh... Ibu
Benda yang aku nak buat dalam minggu nie :
- Main boling
- Tengok wayang (real steel)
- Makan Subway!!
p/s :: teringin nak makan popia basah jugak