disable highlight

Followers

Friday, 22 July 2011

Mona lisa

Kelmarin, adik aku wat record keluarga.. xpenah2 family aku beli barang dari luar negara guna credit card... tapi die da buat sume tuh.. cisss!! Dengan kerjasama dari ayah aku yang tolong mensignkan & menggunakan credit card beliau, dapat laa benda yang adik aku nak2 kan sangat tuh.. korang nak tau ape x barang tuh?? nie sume di sebabkan demam k-pop... barang tuh adalah CD & Poster group Mblaq (Mona lisa).. kat bawah nie sempat aku snap beberape gmbar pada hari kejadian... hahahaha... bak kata die siap ader bau Korea lagi... hahahhaa!!








Mona lisa


Amacam?? korang yang minat Korea macam nie jugak ke?? bagi aku ntah pape ntah adik aku nie... 
boooo k-pop!! hahahaha... =P

p/s :: korang ader?? hehe..




Monday, 18 July 2011

Tiket Bola

First time nak tgk bola kat Stadium Bukit Jalil... excited & tak sabar plak rase nye nak tunggu hari khamis nie.. Fyi, hari khamis nie akan ader satu friendly match bola sepak antara Malaysia dengan Chealsea.. sebelom2 nie Malaysia telah pon membuat friendly match dengan Arsenal & Liverpool... aku sebenarnya memang xsuke chealsea.. i'm a big fan Manchester United... hahaha.. aku beli tiket nie pon sebab nak teman sepupu aku yang memang sejak dari dulu lagi sokong Chealsea nie... mengigil tangan aku tyme nak kuar kn duet tadi.. RM 108 untuk satu tiket.. berbaloi ke hah?? tapi xpe laa, pada hari kejadian aku akan sokong Malaysia.. Tanah Tumpahnya Darahku.. lagi pon kan first tyme nie.. xkesah laa.. hahaha... go Malaysia go!! harap2 keajaiban boleh berlaku.. boooo chealsea!!... hahahahhaa...






p/s :: nak beli baju jersy Malaysia.. lalalala~~

Friday, 15 July 2011

Tips Apabila Kemalangan Berlaku


Berikut adalah langkah - langkah yang perlu di ambil sebaik sahaja kereta anda melanggar atau dilanggar di jalan raya :

1. Cari kesan kecederaan secepat mungkin, luka, patah atau tersepit.
2. Catatkan nombor pendaftaran kereta (plet) dan model kenderaan - kenderaan yang terbabit (bukan untuk tujuan nombor ekor).
3. Telefon polis untuk mengetahui balai polis mana patut anda pergi untuk membuat laporan.
4. Jika kereta boleh di pandu... Pergilah ke balai polis yang sepatutnya untuk membuat laporan.
5. Jika kereta perlu ditunda, telefon bengkel tempat anda sentiasa hantar kereta untuk diservis, meminta mereka menghantar lori
tunda yang boleh dipercayai. Catatkan nombor pendaftarannya. Pastikan anda naik lori berkenaan bagi memastikan kereta di bawa ke
balai polis. Biasanya Proton Edar Sdn. Bhd ada senarai lori penundanya.




Gambar ni contoh je taw..


6. Maklumkan pegawai keselamatan jika ianya berlaku dikawasan persendirian (selain jalan raya)
7. Beri maklumat lengkap kepada pihak berkuasa.
8. Dapatkan laporan bertulis dan nombor fail laporan.
9. Rekodkan maklumat peribadi : Nama, alamat dan nombor kad pengenalan serta lesen memandu pihak - pihak yang terbabit dengan
kemalangan.
10. Selepas selesai perkara yang patut di selesaikan di balai polis, ikut lori tunda untuk menghantar kereta anda ke bengkel berkaitan.
11. Telefon ejen insuran anda atau pergi sendiri cawangan insuran anda, isi borang dan serahkan maklumat - maklumat yang dikehendaki.
12. Bincang dengan ejen anda sama ada untuk membuat tuntutan daripada syarikat insuran anda attau pihak ketiga.

Tips :
- Ambil gambar kenderaan dan situasi kemalangan sebik sahaja ianya berlaku.
- Cari saksi terdekat dan catatkan nama dan nombor telefon untuk dihubungi.
- Simpan kemera kecil di dalam kereta atau guna telefon berkemera. Ia akan memudahkan anda untuk membuat laporan polis serta menuntut
ganti rugi insuran.
- Sebelum kereta di tunda atau anda meninggalkan kereta di tempat kejadian, pastikan barang - barang berharga di ambil atau dipindahkan
daripada kereta anda.
- Elakkan daripada menyerahkan bulat - bulat kepada wakil bengkel yang tidak dikenali. Dapatkan maklumat trak penunda, harga, lokasi,
bengkel, serta khidmat yang ditawarkan. Jangan terburu - buru membiarkan kereta anda di tarik, jika boleh dapatkan bantuan rakan - rakan
yang biasa berurusan dengan bengkel kereta.

Amaran !
Jangan sesekali mengakui kesalahan anda atau membincangkan kemalangan tersebut dengan pihak terbabit. Jangan meninggalkan tempat kejadian sebelum mengambil data - data yang disebutkan di atas.

Moga info ini dapat memberikan manfaat buat kita semua apabila berhadapan dengan situasi tersebut...


p/s :: berhati-hati di jalan raya, ingat laa orang2 yang tersayang.. =)

Thursday, 14 July 2011

Not Fair!!

Wahhhhh... lame gile x update blog nie.. rase malas da semakin tinggi menggunung.. dulu mase baru buat blog punye laa excited.. sume bende nak cite.. sampai x menyempat2.. kah kah kah... skrg rase kan nikmat nye... nak tengok blog sendiri pon nk muntah2... hahaha... ok, entry nie aku nk cite ape yg aku x puas ati kat adik2 aku nie... sbb nye dulu2 bkn main payah aku nak dapat tp skrg diorg senang2 je.. 


  1. Skrg, kalo adik2 aku nak mkn McD ke, kua tgk wayang o peg mane2 petik jari jek.. bile2 mase boleh pegi.. pantang ade cite o makanan baru, msti nak try.. yg kene bawak diorang konpem2 laa aku kan.. kalo aku dulu bkn men payah ag nk dpt benda tuh... bertuah nye diorg  =(
  2. Aku rase adik2 aku nie lebih genius kot... maksud genius aku tuh diorg lebih tahu banyak perkare compare dgn aku mase aku same umo dgn diorg dulu.. kalo dulu bnyk gle word2 yg aku x phm.. tp skrg adik2 aku kecik2 lg da taw... kesian aku  =(
  3. Aku dulu nk pegang laptop pon takot2 sbb x biase & lgpon bende tuh xde kat uma.. nk surf internet ape tah lg... hahaha... skrg, laptop da bersepah2 plak kat uma nie.. sorg2 ade lptop sendiri... hpon plak kecik2 da ader.. lg canggih dr hpon aku plak tuh... mybe sbb zaman skrg da berubah.. mewah nye diorg  =(


setakat tuh je laa yg aku dpt fikir buat mase skrg.. tp aku rase mcm bnyk lg je kn... ape2 pon aku tetap xpuas ati dgn diorg... kalo sape2 yg anak first tuh mmg akn rase laa bnde2 camnie... hahahahaha~~ 

p/s :: da dekat nak puasa da.. x sabar!!

Monday, 11 July 2011

5 cara tarik perhatian lelaki

Kebanyakan wanita merasakan bahawa dengan berpakaian seksi adalah merupakan  cara paling mudah untuk menarik perhatian seseorang lelaki. Ianya mungkin benar, tetapi sebahagian lelaki menyatakan bahawa wanita yang dengan sengaja berpakaian seksi semata-mata untuk mendapatkan perhatian bukanlah merupakan wanita pilihan mereka. Jadi, bagaimanakah cara untuk menarik perhatian lelaki tanpa memerlukan pemakaian yang menjolok mata? Caranya adalah dengan…..
  1. Memakai pakaian yang berwarna cerah- Menurut daripada kajian psikologi, manusia akan lebih untuk memberikan perhatian terhadap warna yang cerah. Begitu juga dengan lelaki. Pemakaian yang berwarna cerah adalah merupakan cara paling mudah untuk menarik perhatian mereka. Selain daripada itu, pakar psikologi juga menyatakan bahawa dengan pemakaian yang berwarna cerah akan meningkatkan lagi rasa keyakinan dan juga prestasi seseorang.
  2. Pandangan mata- Sememangnya pandangan mata wanita mampu untuk menarik perhatian lelaki. Tetapi, majoriti lelaki menyatakan bahawa mereka lebih gemar terhadap wanita yang menjaga pandangan mereka. Ia merupakan tarikan utama kepada lelaki tanpa wanita sendiri sedari. Bukan setakat itu sahaja, wanita yang menjaga pandangan mereka juga membuatkan lelaki lebih berfikiran positif terhadap diri mereka. Wanita yang gemar bermain mata dengan lelaki pula lebih membawa imej yang negatif.
  3. Tingkahlaku- Wanita sememangnya lebih sinonim dengan sifat yang lemah lembut, sopan santun dan sebagainya. Wanita yang berperwatakan seperti ini lebih mudah untuk mendapatkan perhatian daripada lelaki. Tetapi, ada juga lelaki yang lebih gemar terhadap perwatakan wanita yang semulajadi tanpa perlu menyorokkan identiti mereka sebenar. Adalah lebih baik anda menjadi diri sendiri asalkan tidak melampaui sifat kewanitaan. Pasti cara dan keunikan anda yang tersendiri mampu untuk menarik perhatian lelaki yang boleh menerima diri anda seadanya.
  4. Pandai berjenaka- Pasti anda agak terkejut bukan? kebiasaannya lelaki yang harus pandai membuat lawak untuk menarik perhatian seseorang wanita. Tetapi berdasarkan kajian yang telah dilakukan, wanita yang suka berjenaka lebih mendapat perhatian daripada lelaki. Ini berkemungkinan disebabkan seseorang yang lebih lucu lebih mudah untuk didekati berbanding seorang yang serius. Apabila telah wujud keselesaan terhadap diri anda, ia lebih mudah untuk menarik minat mereka.
  5. Bahasa tubuh- Seperti yang anda semua ketahui, bahasa tubuh adalah merupakan isyarat awal untuk menyampaikan pesanan terhadap seseorang. Elakkan daripada menggunakan bahasa tubuh yang akan membuatkan lelaki berasa anda seorang yang sombong, berlagak atau sebagainya. Ini kerana kebiasaannya wanita yang seperti ini kurang menarik perhatian lelaki.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...