disable highlight

Followers

Wednesday, 8 June 2011

Twin itu Kembar

Dapat anak kembar seronok ke x?? aku rase ramai pasangan kat dalam dunia nie nak anak kembar kn.. kalo aku pon nak jugak.. teringin laa nak dapat anak kembar nie.. sekali buat tros dapat dua or mybe tiga orang sekaligus.. tp nak jage ramai2 nie bukan nye senang... nak bahagi mase lagi, duit $$$ and macam2 lagi laa... kalau cakap pasal kembar nie, memang family aku ader darah kembar... ibu aku sendiri pon kembar.. muka diorang memang sebijik sejibon tp yang membezakan diorang nie sorang ade tahi lalat kat muka and sorang lg xde.. perangai hampir same and yg paling best setiap hr kalau diorang masak mesti ader satu or dua masakan yg same.. pelik kn??... tulaa kehebatan twinnnn... pastu sekarang rumah pon dekat2.. satu taman jekkk.. memang dulu2 sume makcik2 kat sini konpius.. hahaha.. padan muka diorang.. kalau kat pasar borong siap orang yg jual ikan tu cakap "ehh, td bukan ke da beli ikan nie??" hahaha... aku ader gak terbace kat blog2 orang lain cara2 nak meningkatkan probability pasangan untuk mendapatkan anak kembar...

     1.  Sejarah keluarga
Kalau korang ader darah kembar nie, memang kemungkinan besar korang leh dapat anak kembar... xkisah laa belah ayah or ibu.. kembar nie memang ikot turun temurun keluarga.. 

     2.  Gemuk atau berat badan berlebihan
Kajian menunjukkan ibu yg mempunyai BMI lebih dari 30 berpotensi besar untuk mendapat kan anak kembar... tapi kajian nie berlaku bagi pasangan yg ader sejarah keluarga kembar...

     3.  Makan Ubi ubian dan Minum susu
Belom terbukti melalui kajian tp ubi ubian seperti ubi kayu and kentang dapat meningkatkan seseorang itu untuk mendapat kan anak kembar.. buktinya ialah etnik Yoruba di Afria Selatan terkenal dengan penduduk nye yg mempunyai kadar kelahiran kembar yg tertinggi di dunia.. etnik ini menjadikan ubi ubian sebagai makanan utama.. wanita yg kerap meminum susu juga akan meningkat kn potensi untuk mendapat anak kembar...

     4.  Sering melahirkan
Semakin banyak seseorang wanita itu melahirkan, semakin besar potensi untuk mendapat kan anak kembar... tp tidak dapat dipastikan kehamilan yg ke berapa untuk mendapatkan kehamilan kembar...

    5.  Melakukan program kesuburan
Program teknologi kesuburan yang pesat saat ini, juga meningkatkan potensi kelahiran kembar akibat penggunaan ubat yang menstimulasi terjadinya ovulasi dan sistem bayi tabung uji yang memungkinkan adanya embrio lebih dari satu di rahim ibu.



yg nie sebahagian faktor2 nye laaa... kalau nak tahu lebey2, pegi search kat google sendiri... haha.. tapi ibu aku cakap kalau makan pisang yg kembar boley dapat anak kembar.. betol ke?? korang penah dgr x ajaran yang nie?? haha...


contoh nye pisang yg macam nie... kalau jumpa teros makan tauu!!



comel gile...


same x?? haha

p/s :: cuti lame sangat nie... adoiii

Sunday, 5 June 2011

Part 4 : Machang

salam...
haaaa....!! entry nie smbungan dari Part 3 : Machang tuh... aku ingat da abes da pasal Machang nie.. rupenye ader lagi tuh... tensen aku... entry nie aku nak cite pasal adek aku nie... bnyk betol pluang die nie dapat.. mule2 dpt kampus Uitm Machang pstu buat rayuan mintak tukar kampus sebab jaoh sangat... rayuan die dpt tp sgt2 last minit... tyme tuh die da daftar kolej da kat Uitm Machang tuh... pstu tuka laa die kat Uitm Alor gajah plak.. aku engat da setel laa pasal cte die nie.. dua minggu die kat sane da... seminggu kne orentasi n sminggu lagi start sem belajar... belom abeh ag penat aku angkat brg2 die dr Machang ke Alor Gajah tuh DAN SEMALAM, die dpt plak tawaran masuk Matrikulasi Selangor... die buat rayuan hr tuh lg and smlm baru kuar result sape yg dpt... hr isnin nie 6 Jun kne daftar... xmasok akal kn??? mane sempat nk amek brg die kat melaka tuh... mane sempat nk buat akaun bank... surat perubatan lg... ayah aku da pening kepala da nie.. die memang berharap sgt nk masok matrik tuh sbb kos yg die dpt kat Uitm nie bkn kos yg die minat... lgpon die xde basic langsung pasal account... nmpk nye aku laa jd mangsa angkat brg2 die lg... mmg hampehhh.. tp belajar kat matrik memang susah gle kalo x belajar... kne rajin + cerdik sket... haha... sape yg penah masok matrik nie diorang tahu laa life kat matrik tuh cmne... bertapa terseksa nye hdup kat situ... haha... tp yg best kenangan belajar kat situ akan jd sweet moment korg laa.. aku berani jaminnnn... da2, panjang plak aku merepek2 nie... chowww =)

lawa gile bangunan matrikulasi selangor nie... baru buat laa katakan... puiiii!!

p/s :: cite ape lg laa adk aku nak wat nnt... haissshhh...
         Matrikulasi Negeri Sembilan tetap d hati aku... haha~~

Saturday, 4 June 2011

Kelantan

salam

korang perasan x yang student2 yg asal dari kelantan mesti ader kat setiap "tempat cari ilmu" kat Malaysia nie kn.. kalau sekolah2 asrama tuh maybe sket laa kot sebab kebanyakkan nye diorang dpt asrama2 yg belah sane which is belah timur... aku start perasan bende nie tyme aku masok matrik dulu... walaupon xramai sgt, tp mesti ader.. contoh nye kat kelas aku tyme matrik dulu ader 3 org dari kelantan... kak aida, kak sha & nazirul... diorang nie baik gile2 laa... x banyak cakap tapi kalau tyme bnyk cakap tu kadang2 terkeluar jgk loghat kelate diorang.. memang tyme tuh aku garu2 kepala laa sebab x paham.. hahaha... tapi kalau ikot ape yg aku nampak dengan mata aku nie macam ramai je yg asal dr kelantan nie kat matrik tuh.. macam majoriti plak.. maybe sebab diorang selalu duduk sekelompok diorang kot... ader orang kate kelantan nie selalu lepak dengan diorang2 je... tp bagi aku xde pon macam tuh... bley je masok dengan diorang semua... maybe ade laa certain2 yg memang x leh ngam... biase laa tuh kan.. semua orang macam tuh... 

skrg dekat U nie pon same... ramai laa jugak kawan2 aku yg asal dari kelantan nie.. tp yg best nye diorang nie kat sini bile cakap dengan kawan2 diorang yg asal selain dari kelantan memang gune loghat KL... haha... memang xkkn perasan langsung laa yg diorang nie asal kelantan... kadang2 tuh ak tertanya2 jugak, mane datang nye diorang nie semua??.. ramai sgt ke penduduk kat kelantan tuh??... hmmm, yg aku respect gle dekat diorang nie sbb diorang leh survive walaupon duduk jauh dari family... kalau aku homesick kot... ntah2 nak stady pon x boley... aku dgr2 cite lg yg diorang nie sume da biasa hidup berdikari da sejak kecik sebab adk beradik yg duduk kat kelantan nie ramai2 kn... so, parent diorang xmampu laa nak jage diorang serentak... tu ape yang aku rase laa ekkk... kalau salah jangan marah tau... diorang nie semua belajar sampai masuk U, makna nye diorang nie semua memang pandai2 laa... 

ibu aku cakap yg diorang nie kebanyakkan nye hidup sedang2 jek kat kelantan tuh... tu pasal laa diorang usaha betol2, belajar rajin2 sampai leh masuk U sebab diorang penah rase hidup susah macam mana... so, no wonder laa diorang semua nie bley ramai yang ader dekat U seluruh negara especially sekitar KL & Selangor... aku harap semua orang leh jd macam diorang nie.. belajar rajin2 tuk berjaya.. 
gud luck!!
haha~~

p/s :: suke gile makan keropok ikan segera dari kelantan

Friday, 3 June 2011

SOLAT JAMAK DAN QASAR


Allah SWT telah memberi kelonggaran/keringanan kpd umat Islam dlm mengerjakan ibadah solat dalam situasi tertentu khususnya ketika bermusafir.  Kelonggaran ini dinamakan RUKHSAH SOLAT


Sabda Rasullah SAW ;

إن الله يحب أن تؤتى رخصـه كما يكره أن تؤنى معصـيته. رواه أحمد
“Sesungguhnya Allah suka dilaksanakan rukhsah (keringanan) yang diberikan olehNya seperti Allah membenci  dilakukan maksiat kepadaNya”. Hadis riwayat Ahmad.

Rukhsah Solat bertujuan supaya umat Islam dapat menunaikan fardhu Solat dalam apa keadaan sekalipun, di samping membuktikan bahawa agama Islam yamg mengambilkira  kebajikan umat dan bukanlah agama yang menyusahkan. Allah telah mensyariatkan Solat Qasar dan Solat Jamak sebagai rukhsah bagi mereka yang bermusafir.

SYARAT-SYARAT PERJALANAN (MUSAFIR) YANG DIBENARKAN UTK SOLAT QASAR/JAMAK
1. Musafir adalah utk tujuan yang baik, bukan utk melakukan maksiat.
2. Destinasi yang dituju melalui 2 marhalah (lebih kurang 91 KM).
3. Mengetahui destinasi yang dituju ( tahu jalannya, tidak tersesat).

HIKMAH DISYARIATKAN SOLAT QASAR/JAMAK
1. Meringan/memudahkan umat Islam utk menunaikan solat dalam perjalanan.
2. Tanda kasih sayang Allah kepada manusia.
3. Supaya solat fardhu dapat dilaksanakan dlm apa kedaan sekalipun.
4. Menggalakkan umat Islam bermusafir/melancong/ziarah-menziarahi  bagi menambahkan keimanan dan mengeratkan tali persaudaraan.


SOLAT QASAR

Bahasa ; Pendek dan ringkas.
Istilah   ; Memendekkan solat jenis 4 rakaat kepada 2 rakaat.

Jadi, solat yang boleh diqasarkan ialah Solat Zuhur, Asar dan Isyak.

SYARAT-SYARAT  SOLAT QASAR
1. Hendaklah melepasi semapadan kawasan tempat tinggal.
2. Tidak berniat bermukim melebihi  4 hari, tidak termasuk perjalanan pergi dan balik.
3. Tidak berimamkan imam yang solat tamam (sempurna) rakaatnya.
4. Masih dlm keadaan musafir ketika mengerjakan solat Qasar.

Cara Solat Qasar

1. Dikerjakan hanya 2 rakaat.
2. Lafaz niat adalah spt beikut ;

أُصَلِّي فَرْضَ الظُّهْرِ/ العَصْر/ العِشـَاءِ رَكَعَتَيْنِ قَصْـرًا لله تعالى
Sahaja Aku solat fardhu Zohor/Asar/Isya’ 2 rakaat Qasar kerana Allah Taala.


SOLAT  JAMAK
Bahasa : Himpun @ kumpul
Istilah   : Menghimpunkan 2 solat fardhu dalam satu waktu dgn syarat-syarat tertentu.

Solat  Jamak adalah terdiri daripada Zohor dan Asar, Maghrib dan Isya’.

Solat  Jamak terbahagi  kepada ;
1. JAMAK TAQDIM  – Menghimpunkan 2 solat Fardhu dalam waktu pertama. Cthnya menghimpunkan solat Zohor dan Asar dan menunaikannya dalam waktu Zohor.

SYARAT-SYARAT JAMAK TAQDIM 

1. Niat jamak dlm waktu pertama (Zohor/Maghrib).
Niat hendaklah dilakukan dalam solat terutama ketika takbiratulihram. Walau bagaimanapun, boleh dilakukan niat semasa (pada mana-mana bahagian) solat yang pertama sekalipun semasa memberi salam. (Bukannya selepas memberi salam sbb solat sudah habis/selesai).
2. Bertertib iaitu memulakan solat yang pertama (Zohor/Maghrib), kemudian diikuti dgn solat yang kedua (Asar/Isya) kerana waktu solat Jamak Taqdim adalah untuk waktu yang pertama  (Zohor/Maghrib), sedangkan solat yang kedua  (Asar/Isya), adalah pengikut bagi solat yang pertama, maka mestilah solat yang diikuti (solat pertama).
Jika dilakukan solat kedua-duanya dgn didahului oleh solat yang pertama, tiba-tiba terbatal solat yang pertama kerana tidak sempurna syarat dan rukunnya, maka terbatal juga solat yang kedua. Walau bagaimanapun, solat yang kedua menjadi solat sunat mengikut pendapat yang asah.



3. Berturut-turut kedua-dua solat iaitu tidak berlaku pemisahan yang lama di antara kedua-dua solat kerana jamak telah menjadikan kedua-dua solat tersebut sebagai satu solat, maka mestilah bersambung di antara kedua-duanya seperti rakaat-rakaat solat.

Kalau dipisahkan kedua-duanya oleh masa yang panjang walaupun kerana keuzuran spt terlupa atau pitam. Maka terbatallah jamak. Maka wajiblah ditunda solat yang kedua kepada waktunya sendiri kerana tidak memenuhi syarat jamak. Walau bagaimanapun, jika dipisahkan kedua-duanya umtuk tempoh sekejap spt oleh azan, iqamah dan bersuci maka tidak terbatal Jamak.
Tidak membatalkan jamak jika terpisah di antara 2 solat  kerana mendapatkan sedikit air utk berwudhuk kerana perbuatan tersebut adalah keperluan solat sebagaimana Iqamah, malah lebih utama lagi kerana wudhuk adalah syarat sah solat tetapi iqamah bukan syarat.

4. Perjalanan berterusan sehingga masuk waktu solat kedua. (sekurang-kurangnya TakbiratulIhram solat yang kedua). Sekalipun, selesai musafir tidak lama setelah TakbiratulIhram solat yang kedua. Tetapi jika selesai musafir sebelum memulakan solat yang kedua, maka tidak sah jamak kerana hilang sebab yang membolehkannya.

5. Kekal waktu solat yang pertama dengan yakin sehingga mendirikan solat yang kedua.
6. Zan (sangkaan yang kuat) bahawa solat yang pertama itu sah. 

Cara melakukan solat JAMAK TAQDIM
1. Sunat @ afdhal melakukan solat waktu pertama dahulu  (Zohor/Maghrib) kemudian diikuti oleh Solat Waktu kedua (Asar/Isya’)
2. Selepas salam solat pertama,  sunat iqamah dan kemudian dirikan solat yang kedua. 
3. Contoh lafaz niat Solat JAMAK TAQDIM

Solat  Zohor dan Asar  Jamak Taqdim
أُصَلِّي فَرْضَ الظُّهْرِ اَرْبَعَ رَكَعَاتٍ مَجْمُوْعًا إِلَيْهِ العَصْر جَمْعَ تَقْدِيْمٍ لله تعالى
Sahaja Aku solat fardhu Zohor  4  rakaat dihimpunkan solat  Asar kepadanya
 Jamak Taqdim kerana Allah Taala.

أُصَلِّي فَرْضَ العَصْر اَرْبَعَ رَكَعَاتٍ مَجْمُوْعًا إِلى الظّهْر جَمْعَ تَقْدِيْمٍ لله تعالى
Sahaja Aku solat fardhu Asar  4  rakaat dihimpunkan  kepada Zohor
 Jamak Taqdim kerana Allah Taala.


Solat  Maghrib dan Isya’ Jamak Taqdim
أُصَلِّي فَرْضَ المَغْرِبِ ثَلَثَ رَكَعَاتٍ مَجْمُوْعًا إِلَيْهِ العِشـَاءِ جَمْعَ تَقْدِيْمٍ لله تعالى
Sahaja Aku solat fardhu Maghrib  3  rakaat dihimpunkan solat  Isya’ kepadanya
 Jamak Taqdim kerana Allah Taala.

أُصَلِّي فَرْضَ العِشـَاءِ اَرْبَعَ رَكَعَاتٍ مَجْمُوْعًا إِلى المَغْرِبِ جَمْعَ تَقْدِيْمٍ لله تعالى
Sahaja Aku solat fardhu Isya’  4  rakaat dihimpunkan  kepada Maghrib
 Jamak Taqdim kerana Allah Taala.


2. JAMAK TA’HIR - Menghimpunkan 2 solat Fardhu dalam waktu kedua. Cthnya menghimpunkan solat Zohor dan Asar dan menunaikannya dalam waktu Asar.

SYARAT-SYARAT SOLAT JAMAK TA’HIR
1. Berniat melakukan solat Jamak Taqdim dalam waktu pertama (Zohor/Maghrib).
Niat hendaklah dilakukan seblum habis waktu solat yang pertama. Sekalipun waktu yang masih ada itu sekadar satu rakaat sahaja.

2. Masih dalam perjalanan sehingga kedua-dua solat selesai didirikan.

* Tertib tidak menjadi wajib kerana waktu bagi solat yang kedua (Asar/Isya’), telah masuk waktu bagi solat yang pertama (Zohor/Maghrib). Oeh itu boleh didahulukan mana-mana solat sama ada solat pertama atau solat kedua.

Cara melakukan solat JAMAK TA’HIR
1. Sunat @ afdhal melakukan solat waktu kedua dahulu (Asar/Isya’) kemudian diikuti oleh Solat Waktu pertama  (Zohor/Maghrib)
2. Selepas salam solat waktu kedua,  sunat iqamah dan kemudian dirikan solat waktu yang pertama. 
3. Contoh lafaz niat Solat JAMAK TA’HIR

Solat  Zohor dan Asar  Jamak Ta’hir
أُصَلِّي فَرْضَ العَصْر اَرْبَعَ رَكَعَاتٍ مَجْمُوْعًا إِلَيْهِ الظُّهْرِ جَمْعٍ َ تَأْخِيْرٍ لله تعالى
Sahaja Aku solat fardhu Asar  4  rakaat dihimpunkan  kepada Zohor
 Jamak Ta’hir kerana Allah Taala.

أُصَلِّي فَرْضَ الظُّهْر اَرْبَعَ رَكَعَاتٍ مَجْمُوْعًا إِلى العَصْر جَمْعَ تَأْخِيْرٍ لله تعالى
Sahaja Aku solat fardhu Zohor  4  rakaat dihimpunkan solat  Asar kepadanya
 Jamak Taqdim kerana Allah Taala.


Solat  Maghrib dan Isya’ Jamak Ta’hir
أُصَلِّي فَرْضَ العِشـَاءِ اَرْبَعَ رَكَعَاتٍ مَجْمُوْعًا إِلَيْهِ المَغْرِبِ جَمْعَ تَأْخِيْرٍ لله تعالى
Sahaja Aku solat fardhu Isya’  4  rakaat dihimpunkan  kepada Maghrib
 Jamak Ta’hir kerana Allah Taala.


أُصَلِّي فَرْضَ المَغْرِبِ ثَلَثَ رَكَعَاتٍ مَجْمُوْعًا إِلى العِشـَاءِ جَمْعَ تَأْخِيْرٍلله تعالى
 Sahaja Aku solat fardhu Maghrib  3  rakaat dihimpunkan solat  Isya’ kepadanya
 Jamak Ta’hir kerana Allah Taala.


SOLAT QASAR DAN JAMAK
Selain drp melakukan solat secara Qasar @ Solat secara Jamak, kita juga diharuskan utk mengerjakan Solat Qasar dan Jamak.

Cara mengerjakan Solat Qasar dan Jamak.
Cara mengerjakan Solat Qasar dan Jamak adalah sama spt mengerjakan solat Jamak Taqdim dan Solat Jamak Ta’hir, Cuma ditambah Qasar sahaja… iaitu Solat Zohor/Asar/Isya’ menjadi 2 rakaat sementara solat Maghrib kekal 3 rakaat.

Contoh Lafaz Niat Solat Qasar dan Jamak.

Solat  Zohor dan Asar  Jamak Taqdim dan Qasar.
أُصَلِّي فَرْضَ الظّهْرِ رَكَعَتَيْنِ قَصْـرًا مَجْمُوْعًا إِلَيْهِ العَصْر جَمْعَ تَقْدِيْمٍ لله تعالى
Sahaja Aku solat fardhu Zohor  2  rakaat Qasar dihimpunkan solat  Asar kepadanya
 Jamak Taqdim kerana Allah Taala.

أُصَلِّي فَرْضَ العَصْر رَكَعَتَيْنِ قَصْـرًا مَجْمُوْعًا إِلى الظُّهْر جَمْعَ تَقْدِيْمٍ لله تعالى
Sahaja Aku solat fardhu Asar  2  rakaat Qasar dihimpunkan  kepada Zohor
 Jamak Taqdim kerana Allah Taala.

Solat  Maghrib dan Isya’ Jamak Taqdim dan Qasar.
أُصَلِّي فَرْضَ المَغْرِبِ ثَلَثَ رَكَعَاتٍ مَجْمُوْعًا إِلَيْهِ العِشـَاءِ جَمْعَ تَقْدِيْمٍ لله تعالى
Sahaja Aku solat fardhu Maghrib  3  rakaat dihimpunkan solat  Isya’ kepadanya
 Jamak Taqdim kerana Allah Taala.

أُصَلِّي فَرْضَ العِشـَاءِ رَكَعَتَيْنِ قَصْـرًا مَجْمُوْعًا إِلى المَغْرِبِ جَمْعَ تَقْدِيْمٍ لله تعالى
Sahaja Aku solat fardhu Isya’  2  rakaat Qasar dihimpunkan  kepada Maghrib
 Jamak Taqdim kerana Allah Taala.

Solat  Zohor dan Asar  Jamak Ta’hir dan Qasar.
أُصَلِّي فَرْضَ العَصْر رَكَعَتَيْنِ قَصْـرًا مَجْمُوْعًا إِلَيْهِ الظُّهْرِ جَمْعٍ َ تَأْخِيْرٍ لله تعالى
Sahaja Aku solat fardhu Asar  2  rakaat dihimpunkan  kepada Zohor
 Jamak Ta’hir kerana Allah Taala.

أُصَلِّي فَرْضَ الظُّهْر رَكَعَتَيْنِ قَصْـرًا مَجْمُوْعًا إِلى العَصْر جَمْعَ تَأْخِيْرٍ لله تعالى
Sahaja Aku solat fardhu Zohor  2  rakaat dihimpunkan solat  Asar kepadanya
 Jamak Taqdim kerana Allah Taala.

Solat  Maghrib dan Isya’ Jamak Ta’hir dan Qasar.
أُصَلِّي فَرْضَ العِشـَاءِ رَكَعَتَيْنِ قَصْـرًا مَجْمُوْعًا إِلَيْهِ المَغْرِبِ جَمْعَ تَأْخِيْرٍ لله تعالى
Sahaja Aku solat fardhu Isya’  2  rakaat dihimpunkan  kepada Maghrib
 Jamak Ta’hir kerana Allah Taala.

أُصَلِّي فَرْضَ المَغْرِبِ ثَلَثَ رَكَعَاتٍ مَجْمُوْعًا إِلى العِشـَاءِ جَمْعَ تَأْخِيْرٍلله تعالى
Sahaja Aku solat fardhu Maghrib  3  rakaat dihimpunkan solat  Isya’ kepadanya
 Jamak Ta’hir kerana Allah Taala.

p/s :: kalau nak cari info lain2, klik je kat link nie (link)

Thursday, 2 June 2011

Best Moment's Laaaaaaaa

Entry kali nie malas nak tulis.. 
so, letak gambar2 jek... 
hahahaha~~
tulaa motif nye ekk.. 
semua gambar2 nie memang moment's paling best laa dalam hidup nie.. 
sejak dari sekolah sampai laa matrik and lastsy kat U...
bertuah sangat2 dapat kenal dengan diorang2 nie... 
syukur!!


Gambar kosmate KPM 2009/2010
sume ader taw!!




Junior2 yg "gle2"
sory sbb gambar nie je yg ade


Raya 2010



Kelas koko seni tari melayu 2011
menari memang best gle.. 
kak eja terbaik!!


Kelas koko baksis 15, 2009
cik pau leader kteorg.. 
menangesssssss


F1P2 Forever!! rindu gile kat diorg nie


bile nak wat reunion nie F1P2??


Raya with schoolmate 2010


nie jelaa gambar yg da edit siket2.. sebenarnye banyak lagi.. tnggu jelaa lain kali k... haha~~

p/s :: sape yang xde tuh jgn terasa ea... =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...